50 anak yatim, kurang berkemampuan terima baju raya

IPOH – Aidilfitri pada tahun ini pastinya bermakna buat 50 anak yatim dan kurang berkemampuan apabila mereka menerima sepasang baju melayu dan baju kurung dari Yayasan Perak.

Pengurus Besar Yayasan Perak, Dr Nasreen Khanum Nawab Zabah Khan berkata, mereka yang berusia antara empat hingga 17 tahun dari Lenggong itu dibawa membeli-belah di gedung Tekstil Jakel Cawangan Ipoh.

anak yatim baju raya hari raya aidilfitri perak yayasan perak kurang berkemampuan
Pengurus Besar Yayasan Perak, Dr. Nasreen Khanum Nawab Khan pada sesi sidang media ketika hadir ke Program Gema Lebaran bersama anak yatim anjuran Yayasan Perak di Gudang Teksil Jakel, Greentown Ipoh, hari ini. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 27 MAC 2024.

Katanya, setiap daripada mereka diberi peluang memilih kelengkapan Aidilfitri masing-masing dengan anggaran kos RM150 seorang.

“Setiap tahun kita menyasarkan pemberian kelengkapan Hari Raya Aidilfitri kepada 50 kanak-kanak terdiri daripada anak yatim dan dari keluarga kurang berkemampuan.

“Keutamaan kami dalam usaha ini adalah untuk mengukir kegembiraan pada wajah anak-anak ini. Kami mahu mereka juga turut sama merasai keseronokkan (beraya dengan pakaian baharu),” katanya.

anak yatim baju raya hari raya aidilfitri perak yayasan perak kurang berkemampuan
Isteri Menteri Besar Perak, Datin Seri Aezer Zubin (dua, kiri) membantu anak-anak yatim memilih baju raya ketika hadir ke Program Gema Lebaran bersama anak yatim anjuran Yayasan Perak di Gudang Teksil Jakel, Greentown Ipoh, hari ini. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 27 MAC 2024.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Gema Lebaran Yayasan Perak, di Gedung Tekstil Jakel Cawangan Ipoh, pada Rabu.

Program turut dihadiri isteri kepada Menteri Besar Perak yang juga Yang Dipertua Badan Amal Dan Usaha Isteri Negeri Perak (BAIDURI), Datin Seri Aezer Zubin.

anak yatim baju raya hari raya aidilfitri perak yayasan perak kurang berkemampuan
Isteri Menteri Besar Perak, Datin Seri Aezer Zubin (dua, kiri) dan Pengurus Besar Yayasan Perak, Dr. Nasreen Khanum Nawab Khan (kiri) menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim dari sekitar Lenggong ketika hadir ke Program Gema Lebaran bersama anak yatim anjuran Yayasan Perak di Gudang Teksil Jakel, Greentown Ipoh, hari ini. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 27 MAC 2024.

Selain itu, Nasreen Khanum berkata, Yayasan Perak berharap agar segala usaha kebajikan berkenaan dapat diteruskan sebagai cerminan Yayasan Perak dalam memberi khidmat kepada rakyat di negeri ini.

Pada masa sama, Pengarah Eksekutif Jakel Perak, Emy Suraya Aziz berkata, pihaknya menyambut baik usaha yang digerakkan Yayasan Perak itu.

Isteri Menteri Besar Perak, Datin Seri Aezer Zubin membantu salah seorang anak yatim memilih baju raya ketika hadir ke Program Gema Lebaran bersama anak yatim anjuran Yayasan Perak di Gudang Teksil Jakel, Greentown Ipoh, hari ini. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 27 MAC 2024.

Malah kata beliau, kerjasama melalui program yang memasuki tahun keempat itu diharap dapat diteruskan pada masa hadapan dan membantu lebih ramai insan yang memerlukan.

“Bagi program-program seumpama ini, kami akan mengenakan potongan harga antara 35 ke 45 peratus bagi setiap baju penerima,” ujarnya. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Yayasan Perak terima pensijilan MS ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI