51 PATI mengaku tiada dokumen sah, tinggal lebih masa

TELUK INTAN – Seramai 51 pendatang asing tanpa izin (PATI) mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin kerana memasuki negara ini tanpa dokumen sah dan tinggal lebih masa pada 2 Februari lalu.

Kesemua PATI yang terdiri daripada warga Indonesia berusia antara 22 hingga 59 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret, Naidatul Athirah Azman.

Mengikut pertuduhan, 24 tertuduh termasuk lapan wanita daripada imigran tersebut didakwa memasuki Malaysia tanpa pas yang sah di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 6(3) akta sama.

51 PATI didakwa tiada dokumen sah, tinggal lebih masa
Seramai 51 pendatang asing tanpa izin (PATI) mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, Teluk Intan pada Isnin kerana memasuki negara ini tanpa dokumen sah dan tinggal lebih masa pada 2 Februari lalu.
Kesemua PATI yang terdiri daripada warga Indonesia berusia antara 22 hingga 59 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret, Naidatul Athirah Azman. Foto ABDULLAH YUSOF, 14 FEBRUARI 2025.

Mereka boleh dikenakan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, serta sebatan tidak lebih enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Seramai 27 tertuduh termasuk enam wanita didakwa tinggal di negara ini setelah tamat tempoh sah lawatan.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(4) akta yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-dua sekali.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di Pantai Sungai Tiang, Rungkup di dalam daerah Bagan Datuk pada jam 4.30 pagi, 2 Februari 2025.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Izzudin Fakri Hamdan manakala kesemua PATI terbabit tidak diwakili peguam.

51 PATI didakwa tiada dokumen sah, tinggal lebih masa
Seramai 51 pendatang asing tanpa izin (PATI) mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, Teluk Intan pada Isnin kerana memasuki negara ini tanpa dokumen sah dan tinggal lebih masa pada 2 Februari lalu.
Kesemua PATI yang terdiri daripada warga Indonesia berusia antara 22 hingga 59 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret, Naidatul Athirah Azman. Foto ABDULLAH YUSOF, 14 FEBRUARI 2025.

Mahkamah kemudian menetapkan 19 tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) dijatuhi hukuman penjara empat bulan daripada tarikh tangkapan manakala lima yang lain dijatuhi hukuman denda RM4,000.

Bagi pertuduhan mengikut Seksyen 15(1)(c) pula, mahkamah menetapkan semua 27 tertuduh dijatuhi hukuman penjara empat bulan daripada tarikh ditangkap. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Imigresen Perak tahan 11 PATI

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI