53 orang pembeli Rumah Perakku I terima surat tawaran

IPOH – Seramai 53 orang pembeli Rumah Perakku I (kos rendah) menerima surat tawaran pada majlis anjuran Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) di sini, pada Selasa.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, projek yang dijangka siap pada pertengahan 2025 menyasarkan pembeli terdiri daripada golongan B40 yang masih belum memiliki rumah sendiri.

Menurutnya, projek perumahan Perakku di Chemor ini melibatkan dua komponen perumahan iaitu 53 unit rumah Perakku I (kos rendah) dan 61 unit rumah Perakku III (mampu milik).

Tambahnya, Kerajaan Negeri melalui LPHP sentiasa mencari jalan bagi membantu rakyat untuk memiliki rumah pada harga dan kadar bayaran bulanan yang rendah berbanding harga rumah yang terdapat di pasaran.

“Kerajaan negeri telah memperuntukkan tanah seluas 5.54 hektar (13.7 hektar) khusus bagi melaksanakan projek tersebut untuk kesejahteraan rakyat.

“Rumah Perakku I (Kos Rendah) ini dibina dengan keluasan 880 kaki persegi yang lengkap dengan ruang tamu, ruang makan, dapur, tiga buah bilik tidur dan dua bilik air.

“Harga yang ditawarkan adalah tidak melebihi RM90,000 sebuah bagi lot tengah dan tidak melebihi RM180,000 bagi lot yang mempunyai lebihan tanah,” katanya.

Beliau berkata demikianketika berucap pada majlis yang diadakan di Dewan Serbaguna Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.

Hadir sama, Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LPHP, Zaiteena Wan Nasir dan Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Siti Rahaya Ismail.

Dalam pada itu, Sandrea Ng berkata, pada majlis ini wakil bank dan pejabat guaman turut hadir bagi memudahkan penerima surat tawaran untuk terus membuat semakan kelayakan pembiayaan dan juga mendapat khidmat nasihat daripada panel peguam yang dilantik.

“Ini adalah satu penambahbaikan penyampaian perkhidmatan LPHP kepada bakal pembeli rumah yang mana pembeli boleh terus berjumpa dengan wakil bank serta peguam pada hari dan lokasi yang sama.

“Secara tidak langsung memudahkan pembeli rumah seterusnya dapat menjimatkan masa dan kos yang perlu ditanggung.

“Selain itu, LPHP juga telah mengadakan beberapa perjumpaan dengan Bank di Bawah Skim Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) untuk membantu pembeli-pembeli yang gagal mendapatkan pinjaman bank bagi pembiayaan rumah disebabkan bekerja sendiri dan tidak mempunyai pendapatan tetap.

“Melalui usaha ini, hasilnya kita dapati ramai pembeli yang berjaya membeli rumah yang diidamkan,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lima projek Rumah Perakku dijangka siap tahun ini – Sandrea

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI