5,632 mangsa banjir di Perak di tempatkan di 45 PPS

IPOH – Jumlah mangsa banjir di Perak merekodkan pertambahan seramai 5,632 orang dari 1,756 keluarga setakat jam 10 pagi pada Khamis.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak berkata, ke semua mangsa terjejas ditempatkan di 45 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Sebanyak tujuh daerah terjejas iaitu, Manjung; Perak Tengah; Hilir Perak; Bagan Datuk; Mualim; Kuala Kangsar serta Larut, Matang dan Selama (LMS).

“Daerah Manjung masih merekodkan jumlah mangsa banjir paling ramai sebanyak 2,083 orang daripada 640 keluarga yang ditempatkan di 16 buah PPS.

“Sementara itu, seramai 1,380 mangsa di Perak Tengah ditempatkan di 10 buah PPS, diikuti 1,040 orang di Hilir Perak ditempatkan di sembilan PPS,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Katanya, di Bagan Datuk seramai 799 mangsa ditempatkan di empat PPS; Larut, Matang dan Selama 168 mangsa di tiga PPS; Mualim seramai 96 orang di dua PPS dan Kuala Kangsar seramai 72 mangsa di tempatkan di sebuah PPS.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JAS) dalam kenyataan sama memaklumkan paras air sungai di Sungai Slim di Slim River merekodkan bacaan 25.95 meter melepasi tahap bahaya. -MG Perak

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI