57 keluarga terjejas banjir Gerik terima bakul makanan

GERIK – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Perak menyampaikan bantuan bakul makanan kepada 57 keluarga yang terjejas banjir di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Temengor, dekat sini.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, sumbangan itu sebagai usaha SKM untuk meringankan beban mereka yang terkesan dengan bencana itu Oktober lalu.

Keluarga Salbiah terjejas banjir Pengkalan Hulu SKM sumbangan bencana Pengkalan Hulu bantuan negeri perak
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed ketika hadir pada Program Cakna Komuniti: SKM Prihatin, Skuad Ihsan Madani dan Program Pemberian Cermin Mata di Dewan Sekolah Kebangsaan Pahit, Gerik. Foto ABDULLAH YUSOF, 03 JANUARI 2025.

Katanya, malah ia juga merupakan sebahagian daripada usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) badan itu kepada individu atau keluarga terjejas banjir di Perak.

“SKM Perak telah memperuntukkan sebanyak RM30,000 untuk penyaluran bantuan kepada mereka yang berada di kawasan-kawasan terjejas banjir di negeri ini.

“Di samping itu, kita juga turut menyampaikan bantuan cermin mata daripada syarikat swasta kepada 150 penerima yang terpilih di Gerik.

“Dan sebelum ini kita telah menyampaikan bantuan berbentuk tilam, bantal, toto dan sebagainya kepada mereka yang terjejas banjir di Mukim Kerunai (dalam daerah sama),” katanya.

Keluarga Salbiah terjejas banjir Pengkalan Hulu SKM sumbangan bencana Pengkalan Hulu bantuan negeri perak
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed bergambar bersama penerima bantuan cermin mata pada Program Cakna Komuniti: SKM Prihatin, Skuad Ihsan Madani dan Program Pemberian Cermin Mata di Dewan Sekolah Kebangsaan Pahit, Gerik. Foto ABDULLAH YUSOF, 03 JANUARI 2025.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Cakna Komuniti: SKM Prihatin, Skuad Ihsan Madani dan Program Pemberian Cermin Mata di Dewan Sekolah Kebangsaan Pahit, dekat sini, pada Jumaat.

Selain itu Salbiah memberitahu, SKM negeri turut menyalurkan sebanyak RM180,000 kepada enam koperasi di Perak yang turut terjejas bencana sama.

Mengulas lanjut beliau berkata, usaha berkenaan adalah bukti keprihatinan agensi dan jabatan kerajaan dalam menghulurkan bantuan kepada pelbagai golongan rakyat yang kurang bernasib baik.

Keluarga Salbiah terjejas banjir Pengkalan Hulu SKM sumbangan bencana Pengkalan Hulu bantuan negeri perak
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed menyampaikan cermin mata kepada penerima bantuan pada Program Cakna Komuniti: SKM Prihatin, Skuad Ihsan Madani dan Program Pemberian Cermin Mata di Dewan Sekolah Kebangsaan Pahit, Gerik. Foto ABDULLAH YUSOF, 03 JANUARI 2025.

Ujar beliau, kerajaan negeri dan Persekutuan turut berusaha keras dalam memastikan kebajikan serta nasib rakyat yang terjejas dengan bencana alam terus terbela.

“Kadang-kadang wujud persepsi dengan mendakwa kerajaan tidak prihatin kepada rakyat yang ditimpa musibah. Namun hakikatnya pelbagai agensi dan jabatan kerajaan saling melahirkan keprihatinan mereka melalui CSR.

“Malah di peringkat kerajaan negeri kita memperuntukan dana besar untuk usaha ini, misalnya penyaluran bantuan wang ehsan. Juga tidak terkecuali bantuan kewangan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara Malaysia (NADMA).

“Selain itu, tabung amanah di peringkat daerah turut diwujudkan bagi tujuan penyaluran dana bantuan daripada pihak swasta atau badan bukan kerajaan (NGO) kepada mereka yang terjejas bencana alam seperti banjir,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

30 keluarga mangsa banjir di DUN Temengor terima bantuan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI