58,000 pemohon UPUOnline pilih Politeknik, Kolej Komuniti

MANJUNG – Sebanyak 58,000 pemohon memilih politeknik dan kolej komuniti sebagai pilihan pertama bagi kemasukan sesi 2025/2026 melalui UPUOnline.

Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Datuk Dr. Mohd Zahari Ismail berkata, daripada jumlah berkenaan sebanyak 47,000 permohonan melibatkan kemasukan ke politeknik manakala 11,000 lagi ke kolej komuniti.

“Ini adalah satu angka luar biasa berbanding tahun lepas dan pada pandangan saya promosi yang dibuat bahagian ambilan pelajar Jabatan Pendidikan Tinggi serta Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) sangat berjaya.

“Kita juga akan sesuaikan permohonan yang diterima dengan universiti lain untuk menempatkan pelajar-pelajar ini nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Penutup Jom Masuk U 2025 Zon Tengah di Dewan Merdeka Seri Manjung, di sini, pada Sabtu.

Hadir sama Setiausaha Politik Menteri Pendidikan Tinggi, Akmal Zharif Ahmad Kamal dan Orang Besar Jajahan Manjung Leftenan Kolonel (B) Datuk Shaharudin Nazari.

Karnival Jom Masuk U 2025 Zon Tengah di Manjung yang bermula 17 hingga 18 Mei merupakan lokasi ke-10 dan terakhir dalam siri penganjurannya tahun ini.

Sementara itu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melanjutkan tarikh tutup permohonan kemasukan ke universiti awam (UA) melalui saluran UPUOnline Fasa 2 kepada jam 8 pagi pada 19 Mei.

Perkara berkenaan diumumkan KPT melalui media sosial kementerian melibatkan kemasukan IPTA, dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) untuk sesi akedemik 2025/2026.

Sebelum ini permohonan UPUOnline FASA 2 diumumkan tutup pada jam 5 petang 18 Mei. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lepasan SPM boleh mula mohon UPU mulai 10 Februari ini

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI