590 mangsa banjir dipindahkan di empat daerah di Perak

IPOH – Seramai 590 mangsa banjir daripada 177 keluarga dipindahkan ke sembilan buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di empat buah daerah di negeri ini setakat jam 8 pagi pada Isnin.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam satu kenyataan memaklumkan, empat daerah yang terjejas akibat banjir adalah Larut, Matang dan Selama; Hilir Perak; Kampar dan Kinta.

Menurutnya, daerah Kinta merekodkan jumlah mangsa banjir paling ramai iaitu 430 orang yang ditempatkan di enam buah PPS, diikuti Kampar (61), Hilir Perak (52) dan Larut, Matang dan Selama (47).

“Enam buah PPS yang dibuka di Kinta adalah Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Tiwa; Dewan Orang Ramai Kampung Tasek; Dewan Dato’ Azumu Kampung Kempayang Fair Park, Dewan Bandaran Kinta dan Dewan Orang Ramai Kampung Sri Kinta.

“Manakala PPS di daerah lain yang dibuka adalah SK Kota Baharu (Kampar), Dewan Serbaguna Padang Tembak (Hilir Perak) dan SK Matang Gelugor (Larut, Matang dan Selama),” katanya dalam kenyataan.

Semalam media melaporkan beberapa Kawasan di Ipoh dan Batu Gajah dilanda banjir kilat ekoran hujan berterusan sejak Sabtu sehingga Ahad.

Antara kawasan yang terjejas adalah Taman Arena Kepayang Fair Park; Kampung Cheh Tanjung Rambutan, Kampung Tasek dan Kampung Bakap. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Banjir diramal lebih teruk berbanding tahun 2014

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI