604 PJRM di Perak jana jualan RM10.6 juta

IPOH Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak telah melaksanakan 604 Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) di seluruh negeri ini bagi tempoh 1 Januari hingga 15 Mac tahun ini dengan anggaran 264,400 pengunjung menerima manfaat daripada inisiatif berkenaan.

Pengarahnya, Kamalludin Ismail berkata, jumlah jualan yang direkodkan bagi tempoh sama mencecah RM10.6 juta.

Menurutnya, PJRM Aidilfitri akan dilaksanakan bermula 16 Mac hingga 19 April ini dengan memberi tumpuan kepada barangan keperluan sambutan Aidilfitri.

“PJRM Aidilfitri pula kita buat bersempena tema Aidilfitri. Sebelum ini kita buat tema Ramadan untuk barang-barang orang berbuka puasa.

“Kali ini kita mula 16 Mac ini bertemakan Aidilfitri. Jadi kita akan laksanakan sebanyak 166 program untuk tema Aidilfitri sahaja sehingga 19 April nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena sesi walkabout Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2026 dan Jualan Rahmah Madani Aidilfitri di perkarangan Foyer Blok B Bangunan Persekutuan Greentown di sini pada Isnin.

604 PJRM di Perak jana jualan RM10.6 juta
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail (tiga, kanan) ketika gimik pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Aidilfitri pada program Jualan Rahmah Madani di Bangunan Persekutuan Ipoh (Greentown), pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 16 MAC 2026.

Kamalludin berkata, sebelum ini KPDN Perak turut melaksanakan 238 program Jualan Rahmah bertemakan Ramadan di seluruh negeri itu.

“Semasa program bertema Ramadan baru-baru ini, kita buat 238 program di seluruh Perak. Jadi kita minta orang ramailah ambil kesempatan.

“Macam hari ini kita buat ‘mega’ sedikit di kompleks ini di mana enam vendor kita panggil untuk menjual barang-barang sempena Aidilfitri,” katanya.

Tambahnya, pelbagai barangan segar dan keperluan Aidilfitri ditawarkan kepada orang ramai dengan pilihan yang lebih banyak berbanding sebelum ini.

“Hari ini ada daging segar, ayam segar, makanan laut segar dan sebagainya. Serai ke apa hari ini carilah, sebab memang temanya Aidilfitri.

“SKU (jenis barangan) meningkat, sebelum ini 40, hari ini ada satu syarikat yang bawa 80 jenis, ada yang 50, ada yang 60. Jadi maknanya pilihan itu banyak di sini,“ ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ops Pantau: Ada peniaga tidak pamer harga untuk dimanipulasi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI