605 peket minyak masak disimpan dalam tong ais, raga disita

TAIPING – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Taiping merampas 605 peket minyak masak satu kilogram (kg) yang ditemukan di ruang dapur sebuah premis di Industri Kamunting Aman, Jalan Kamunting Lama di sini semalam.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, serbuan yang dijalankan pada jam 4 petang itu dilakukan hasil risikan dan pemantauan pasukan penguat kuasa.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati minyak masak peket itu disimpan di dalam empat tong ais dan raga di ruang dapur premis berkenaan.

“Minyak masak itu dipercayai digunakan untuk memasak makanan bagi pekerja warga asing dan turut dijual oleh individu yang tidak mempunyai kebenaran.

“Siasatan lanjut mendapati pemilik premis adalah seorang wanita tempatan berusia 36 tahun yang memiliki stok minyak masak melebihi had yang dibenarkan oleh lesen kawalan bekalan,” katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.

Katanya, rampasan tersebut dianggarkan bernilai sekitar RM1,512.50 dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana memiliki barang kawalan melebihi kuantiti yang dibenarkan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

KPDN Perak serbu stor haram, sita 720kg minyak masak peket

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI