63 anggotai Persidangan Perundingan Wanita Perak

IPOH – Seramai 63 wanita daripada pelbagai latar belakang di negeri ini dilantik menganggotai senarai perwakilan Persidangan Perundingan Wanita Perak yang julung kalinya bersidang, pada Sabtu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, persidangan itu merupakan ruang strategik bagi memperkasakan suara wanita dalam pentadbiran negeri.

Katanya, ia juga medan terbaik untuk merangka gagasan yang inklusif, memperkukuh dasar progresif, dan memastikan wanita terus memainkan peranan penting dalam kepimpinan, ekonomi, serta pembangunan sosial.

“Persidangan ini menjadi pentas untuk membuktikan wanita memiliki kebijaksanaan, daya tahan, dan keazaman untuk menerajui perubahan.

“Pemimpin wanita harus berani melangkah ke hadapan, menghadapi cabaran dengan keyakinan serta tekad yang tinggi. Oleh itu, persidangan ini harus dimanfaatkan sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perasmian Pembukaan Majlis Persidangan Perundingan Wanita Perak, di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Sabtu.

Persidangan Perundingan Wanita Perak Saarani Wanita Perak dalam pentadbiran negeri Pemerkasaan wanita di Perak Peranan wanita dalam pembangunan negeri Perak Resolusi Persidangan Perundingan Wanita Perak Isu wanita Perak gangguan seksual dan keganasan domestik Wanita dalam kepimpinan dan ekonomi Perak Cabaran dan masa depan wanita di Perak Sokongan kerajaan negeri Perak terhadap wanita Usaha memperkukuh dasar wanita di Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan pemerkasaan wanita
Suasana sekitar Persidangan Perundingan Wanita Negeri Perak 2025 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 22 FEBRUARI 2025.

Hadir sama, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed serta Pengarah Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak), Jamilah Zakaria.

Tambah Saarani, beliau berharap agar setiap perwakilan dalam persidangan itu dapat menggunakan ruang yang ada dalam membahaskan sebarang isu dan mengetengahkan cabaran yang masih membelenggu wanita di negeri ini.

Di samping itu, perwakilan juga diharap dapat membantu negeri mencari solusi terhadap permasalahan yang dihadapi golongan itu termasuk dalam isu gangguan seksual, keganasan domestik, impak perceraian, kekeluargaan serta kerjaya.

“Resolusi yang dicapai hari ini tidak boleh sekadar kekal di atas kertas. Ia mesti diterjemahkan menjadi tindakan yang nyata dan gerakan berterusan agar aspirasi wanita terus diangkat ke tahap yang lebih tinggi.

“Namun, perubahan sebenar tidak berlaku dalam sehari, tetapi langkah yang kita ambil hari ini akan menentukan masa depan yang lebih adil serta seimbang untuk generasi akan datang,” katanya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Wanita UMNO Perak mahu had umur Puteri kekal 35 tahun

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI