65 Kluster ILI dilaporkan di Perak, majoriti kanak-kanak

IPOH – Situasi kluster Penyakit Seperti Influenza (ILI) di Perak menunjukkan bahawa kanak-kanak adalah golongan yang paling banyak direkodkan mengalami jangkitan penyakit itu sehingga November tahun ini.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, Datuk A Sivanesan berkata, sebanyak 65 kluster ILI telah dilaporkan bagi Minggu Epidemiologi (ME) 1/2025 hingga 48/2025 sehingga 29 November lalu.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut sebanyak 33 kluster adalah kluster jangkitan penyakit Influenza dan terdapat trend peningkatan kluster ILI yang dilaporkan pada ME 40/2025 sehingga ME 42/2025.

”Bagaimanapun, trend kluster ILI yang dilaporkan menurun daripada 17 kluster pada ME 42/2025 kepada satu kluster pada ME 43/2025, iaitu penurunan sebanyak 94.1 peratus dan tiada kluster ILI telah dilaporkan pada ME 47/2025.

”Bagi pemantauan survalen ILI pada ME 48/2025 berbanding ME 42/2025 di mana kadar konsultasi ILI di Perak turut merekodkan penurunan iaitu daripada 8.91 peratus kepada 4.58 peratus.

“Dalam pada itu, daripada 65 kluster ILI yang direkodkan, sebanyak 23 kluster (35.38 peratus) berlaku di institusi pendidikan meliputi peringkat sekolah menengah dan ke bawah.

“Sebaliknya, hanya satu kluster (1.54 peratus) dilaporkan di institusi penjagaan warga emas di negeri ini,“ katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan lisan dari Norhaslinda Zakaria (PN-Pangkor) pada Mesyuarat Ketiga, Tahun Ketiga Dewan Negeri Perak Yang ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Isnin.

Sementara itu, Sivanesan memaklumkan, daripada pemantauan kluster ILI yang telah dilaporkan daripada ME 1/2025 sehingga ME ke 48/2025 pada tahun 2025, sebanyak 36 kes influenza telah dimasukkan ke hospital.

”Sehubungan itu, vaksin influenza disarankan untuk diambil setahun sekali oleh semua lapisan masyarakat terutamanya golongan yang berisiko tinggi bagi melindungi mereka daripada komplikasi serius akibat jangkitan influenza yang boleh menyebabkan kemasukan ke hospital atau kematian,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Hampir 2,000 warga emas di Perak terima vaksin Influenza

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI