69 pelajar zon Lenggong terima sumbangan cermin mata

LENGGONG – Kerajaan Negeri Perak menerusi Yayasan Perak (YP) menyalurkan bantuan sumbangan cermin mata percuma kepada 69 murid sekolah rendah dan pelajar menengah dari 11 buah sekolah terdiri dalam kalangan keluarga B40 di sekitar Zon Lenggong.

Penerima sumbangan itu adalah sebahagian daripada 1,134 orang murid sekolah rendah yang telah menerima manfaat dengan kos keseluruhan berjumlah RM201,643 bermula Januari hingga Julai tahun ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, daripada 69 penerima bantuan pada hari ini, 59 daripadanya terdiri daripada murid sekolah rendah manakala selebihnya adalah pelajar sekolah menengah.

“Saya percaya bantuan ini akan memberi impak besar kepada pembelajaran dan kehidupan anak-anak kita.

“Ini kerana saya tak mahu dengar ada budak yang pergi sekolah kerana tiada pakaian seragam dan mengalami masalah mata disebabkan tiada cermin mata. Itu bukan alasan.

“Sehubungan itu, kita akan berusaha (membantu) terutama orang dalam kawasan Lenggong supaya mereka ini ke sekolah kerana saya tak mahu dengar alasan berkenaan,” katanya.

69 pelajar zon Lenggong terima sumbangan cermin mata
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bergambar bersama penerima bantuan cermin mata pada Majlis Penyerahan Bantuan Cermin Mata Yayasan Perak Eye Sinar Zon Lenggong Tahun 2024 di Dewan Serbaguna Kota Tampan, Lenggong, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 02 OGOS 2024.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan cermin mata Program YP Eye Sinar 2024, di Dewan Serbaguna Kota Tampan, hari ini.

Hadir sama, Pengurus Besar Yayasan Perak, Dr Nasreen Khanum Nawab Zadah Khan.

Saarani memaklumkan hasil daripada program rintis tersebut, pihaknya mendapati bahawa masalah penglihatan dalam kalangan pelajar adalah isu yang serius dan memerlukan perhatian segera.

“Ramai penerima bantuan mengakui bahawa keluarga mereka kurang berkemampuan untuk menyediakan cermin mata sebagai alat keperluan asas pembelajaran, disebabkan kos yang agak tinggi,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Institut Madina hasrat buka kampus di Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI