71 PATI dihantar pulang ke negara asal

IPOH – Dua kanak-kanak antara 71 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Depot Imigresen Langkap Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak yang dihantar pulang ke negara asal masing-masing pada Rabu.

Pengarahnya, Meor Hezbullah Meor Abd Malik berkata, 71 orang itu terdiri daripada 69 lelaki termasuk dua kanak-kanak berusia tujuh hingga 59 tahun serta dua wanita berusia 25 dan 47 tahun.

“Mereka terdiri daripada warganegara Bangladesh, Sri Lanka, Nepal, India dan Amerika Syarikat

“Pemindahan PATI ke negara asal dilakukan melalui pintu masuk udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, Selangor selepas selesai menjalani hukuman denda dan penjara yang diputuskan Pihak Berkuasa Kehakiman (Mahkamah PATI).

“Mereka dihantar pulang kerana didapati dengan munasabah telah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta diputuskan pemindahan ke negara asal di bawah akta dan peraturan sama,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, kesemua PATI terbabit turut disenarai hitamkan bagi mencegah mereka daripada memasuki semula ke negara ini.

Katanya, program penghantaran pulang ini merupakan sebahagian daripada aktiviti berterusan penguatkuasaan membenteras PATI yang dijalankan oleh JIM Perak bagi tahanan yang ditempatkan di Depot Imigresen Langkap. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

PATI guna helah sakit jantung elak dicekup JIM

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI