77 PATI dihantar pulang ke negara asal

IPOH – Seramai 77 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk 12 wanita daripada beberapa negara dihantar pulang ke negara asal selepas selesai menjalani proses undang-undang.

Pengarah Imigresen Perak, Meor Hezbullah Meor Abd Malik berkata, tindakan tersebut dilakukan selepas kesemua PATI selesai menjalani proses undang-undang atas kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Menurutnya, kesemua PATI yang berusia dalam lingkungan umur 21 hingga 56 tahun itu sebelum ini ditahan di Depot Imigresen Langkap.

“PATI yang dihantar pulang terdiri daripada negara Indonesia, Myanmar, China, Bangladesh, Kemboja dan Vietnam.

Sebahagian daripada 77 pendatang asing tanpa izin (PATI) daripada beberapa negara yang menaiki bas menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), untuk dihantar pulang ke negara asal masing-masing, semalam. Foto ihsan JIM Perak

“Pemindahan PATI ke negara asal dilakukan melalui pintu masuk udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak, semalam,” katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.

Beliau berkata, kesemua PATI yang dipindahkan ke negara asal juga telah disenarai hitam bagi mencegah mereka dari memasuki semula ke negara ini.

“Program penghantaran pulang ini adalah sebahagian daripada aktiviti berterusan penguatkuasaan membanteras PATI yang dilaksanakan JIM Perak bagi tahanan yang ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Langkap,” jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Imigresesn Perak tahan 28 PATI

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI