772 calon SPM 2023 dapat semua A di Perak

IPOH – Seramai 772 atau 2.83 peratus calon memperoleh keputusan cemerlang gred A, A+ dan A- dalam semua mata pelajaran bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023 di Perak yang diumumkan hari ini.

Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan seramai 103 calon berbanding tahun sebelumnya iaitu seramai 669 calon.

Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Datuk Mohamad Fauzi Mahson berkata, daripada jumlah itu, enam calon memperolehi A+ dalam semua mata pelajaran diambil.

“Gred Purata Negri (GPN) yang dicatatkan tahun ini adalah 4.75 berbanding 4.92 tahun lalu, iaitu peningkatan 0.17 mata.

“Peratus calon yang layak menerima sijil SPM meningkat sebanyak 2.45 peratus iaitu 92.55 peratus (25,227 orang) tahun ini berbanding 90.1 peratus (24,877 orang) yang dicatatkan tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Sidang Media Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM Tahun 2023, di Bilik Mesyuarat Seri Budi, Jabatan Pendidikan Negeri Perak, di sini, pada Isnin.

Menurutnya, jurang pencapaian calon SPM antara bandar dan luar bandar semakin mengecil apabila mencatatkan 0.01 mata berbanding 0.02 mata pada tahun 2022.

Peperiksaan SPM 2023 yang diadakan pada 30 Januari hingga 7 Mac lalu membabitkan seramai 31,408 calon dengan 30,094 merupakan calon sekolah dan 1,314 orang mendaftar sebagai calon persendirian.

Manakala, seramai 119 Calon Berkeperluan Khas (CBK) menduduki peperiksaan SPM 2023. – MG Perak.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI