800 pelajar terima sumbangan Kasih MADANI bernilai RM250,000

IPOH – Sebanyak 800 pelajar pelbagai kaum daripada 18 sekolah dalam Parlimen Ipoh Barat menerima Sumbangan Kasih MADANI berjumlah RM250,000 sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata sumbangan tunai itu diharap meringankan beban pelajar dan keluarga untuk memperoleh bahan pembelajaran serta barangan keperluan menjelang Tahun Baharu Cina dan Ramadan.

Beliau berkata sumbangan dengan kerjasama rakan strategik Berjaya Cares Foundation itu komitmen kerajaan dalam menjaga kesejahteraan serta kebajikan masyarakat bagi memastikan tiada yang terpinggir.

“Walaupun ini Tahun Baharu Cina, Melayu, India dan semua kita santuni kerana dalam kerangka MADANI ada ihsan, belas kasihan, perpaduan dan keharmonian,” katanya.

Nga yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayang berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sumbangan Kasih MADANI di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bercham di sini hari ini.

Hadir sama ialah Pengarah Eksekutif Berjaya Group Bhd Shashitharan Nair, ADUN Buntong M.Thulsi dan ADUN Bercham Ong Boon Piow.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI