95 tong gas LPG disita di Selama

TAIPING – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak merampas 95 unit tong gas petroleum cecair (LPG) bernilai RM8,457.60 dalam serbuan di sebuah premis di Selama, di sini pada Selasa.

Pengarahnya, Datuk Kamalludin Ismail berkata, kesemua LPG itu didapati disorok dalam sebuah stor di premis berkenaan.

Menurutnya, seorang lelaki berusia 33 tahun dipercayai pemilik premis gagal mengemukakan sebarang lesen atau permit bagi urusan melibatkan barang kawalan LPG oleh Pengawal Bekalan Malaysia apabila diminta.

“Serbuan itu dilakukan jam 11.30 pagi oleh penguat kuasa KPDN Perak cawangan Taiping hasil pemantauan dan pemeriksaan melalui Ops Api Biru.

“Pemeriksaan yang dijalankan turut mendapati premis tersebut merupakan sebuah stor menyimpan LPG,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan itu juga mendapati 53 daripada 95 unit tong LPG yang disita mengandungi LPG.

“Kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

KPDN Perak serbu premis jadi stor simpan barang subsidi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI