Pelancong seronok bercuti, Pulau Pangkor sudah ada air

LUMUT – Kegusaran pelancong yang berkunjung ke Pulau Bebas Cukai, Pulau Pangkor, ekoran ketiadaan air bersih akhirnya selesai selepas bekalan air kembali seperti biasa pada 20 Februari lalu.

Tinjauan MG Perak di Pulau Pangkor mendapati, pelancong mula berkunjung ke pulau peranginan berkenaan selepas mengetahui bekalan air bersih kembali normal daripada pengusaha penginapan yang ditempah.

Bagi Mohamad Hafiz Mohd Adnan, 32, kegusaran beliau bersama 15 ahli keluarganya yang merancang bercuti di Pulau Pangkor hilang selepas dimaklumkan bekalan air kembali pulih sejak Isnin.

Pekerja sektor swasta itu berkata, percutian bersama ahli keluarga berjalan lancar sejak mereka tiba pada Rabu sehingga mendaftar keluar hari ini.

“Bila dengar Pulau Pangkor ada masalah air kami risau sebab semua dah tempah tapi kemudian kami diberitahu bahawa air sudah pulih jadi perancangan kami bercuti diteruskan.

CERIA…..Pelancong mula tiba Pulau Pangkor selepas masalah gangguan bekalan air bermula awal Februari ini kembali pulih sepenuhnya dengan pulau peranginan berkenaan sedia menerima kembali kedatangan pelancong. Foto ABDULLAH YUSOF, 23 FEBRUARI 2024.

“Alhamdulillah setakat ini sejak dari kami sampai, ketiga-tiga bilik yang kami duduk tiada masalah air dan segalanya berjalan lancar,” katanya ketika ditemui pemberita di Teluk Nipah, di sini.

Sementara itu, seorang lagi pengunjung, Che Hamidi Ab Halim, 48, berkata, percutian dia bersama keluarganya berjalan lancar tanpa sebarang masalah termasuk gangguan bekalan air.

Dia yang tinggal di Parit Buntar sudah beberapa kali bercuti bersama keluarganya ke Pulau Pangkor dan tidak pernah berhadapan masalah ari semasa ke pulau berkenaan.

“Jadi bila dengar berita Pangkor tiada air kami terkejut tapi saya kemudian bertanya kepada pengusaha chalet dan dia maklumkan bekalan sudah pulih.

“Alhamdulillah sepanjang tiga hari dua malam kami dapat mandi dengan selesa nak kata air perlahan tidak juga, nak kata laju sangat tak, tapi cukup selesa mandi,” katanya.

LUMUT - Kegusaran pelancong yang berkunjung ke Pulau Bebas Cukai, Pulau Pangkor, ekoran ketiadaan air bersih akhirnya selesai selepas bekalan air kembali seperti biasa pada 20 Februari lalu.Tinjauan MG Perak di Pulau Pangkor mendapati, pelancong mula berkunjung ke pulau peranginan berkenaan selepas mengetahui bekalan air bersih kembali normal daripada pengusaha penginapan yang ditempah.
Pelancong mula tiba Pulau Pangkor selepas masalah gangguan bekalan air bermula awal Februari ini kembali pulih sepenuhnya dengan pulau peranginan berkenaan sedia menerima kembali kedatangan pelancong. Foto ABDULLAH YUSOF, 23 FEBRUARI 2024.

Katanya lagi, orang ramai tidak perlu takut untuk berkunjung ke Pulau Pangkor meskipun sebelum ini tular bahawa pulau berkenaan terputus bekalan air bersih.

Terdahulu MG Perak melaporkan, masalah gangguan bekalan air di Pulau Pangkor bermula awal Februari ini kembali pulih sepenuhnya dengan pulau peranginan berkenaan sedia menerima kembali kedatangan pelancong.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dalam kenyataan hari ini berkata, ia selepas masalah kebocoran di beberapa saluran paip rentas dasar laut yang menjadi punca ketiadaan bekalan air di Pulau Pangkor berjaya diselesaikan Lembaga Air Perak (LAP). -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI