ESCAPE Ipoh bakal tarik 200,000 pengunjung pada tahun ini

IPOH – Taman Inspirasi Alam Semulajadi ESCAPE Ipoh dijangka mampu menarik sekurang-kurangnya 200,000 pengunjung setahun sempena pembukaannya pada April ini.

Menteri Besar Perak,  Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, terletak bersebelahan ikon warisan Kapal Korek Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5 (TT5) di kawasan seluas 56.65 hektar dalam daerah Batu Gajah itu bakal menjadi ikon pelancongan terbaharu di Perak.

Menurutnya, ia juga akan menjadi salah satu tarikan utama pelancong sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2024.

“Pembukaan Escape Ipoh ini secara tidak langsung merancakkan kegiatan ekonomi serta menjadi pemangkin kepada industri pelancongan di negeri Perak khususnya di sekitar kawasan Batu Gajah.

ESCAPE Ipoh bakal tarik 200,000 pengunjung pada tahun ini
Antara tarikan yang terdapat di Taman Inspirasi Alam Semulajadi ESCAPE Ipoh di Tanjung Tualang, Batu Gajah.
Foto ABDULLAH YUSOF 24 FEBRUARI 2024

“Jika selama ini mukim Tanjung Tualang terkenal dengan hidangan udang galah, kedudukan strategik ESCAPE Ipoh ini yang terletak berhampiran Kellie’s Castle, Silverlakes Village Outlet, Galeri LAT, Gua Tempurung, Taman Alam Kinta, PATRO dan The Treasure Taman Herba @Gopeng,  boleh dianggap sebagai pelengkap kepada perancangan menjadikan Greater Ipoh (Batu Gajah-Ipoh-Kuala Kangsar) sebagai destinasi pilihan pelancong.

“Kemunculan ESCAPE Ipoh ini adalah sebahagian daripada deretan usaha yang kita laksanakan untuk menjadikan pelan Perak Sejahtera 2030 sebagai satu realiti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Taman Inspirasi Alam Semulajadi ESCAPE Ipoh di Tanjung Tualang dekat sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Saarani berkata, nilai pelaburan dalam membangunkan Escape Ipoh dianggarkan sebanyak RM30 juta dan dilaksanakan melalui usahasama syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) iaitu  Menteri Besar Incorporated (Perak) sebagai penyedia tapak dan syarikat swasta, Sim Leisure Group (SLG). -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Gabungan produk lama dan baharu bakal lonjakkan TMP 2024 – Sze Yee

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI