Bekas tukang cuci jadi ‘jutawan segera’, menang RM1 juta

IPOH –  Ibarat perumpamaan, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, seorang bekas tukang cuci menjadi ‘jutawan segera’ selepas menjadi pemenang Cabutan Jutawan Bank Simpanan Nasional Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) yang ke-96 baru-baru ini.

Mohd Nazri Abd Wazir, 61, berkata, dia tidak pernah membayangkan sijil yang dibeli pada tahun lalu memberi tuah kepadanya.

Dia yang berasal dari Parit masih tidak percaya apabila menerima panggilan daripada BSN pada 5 Februari lalu yang memaklumkan dirinya sebagai pemenang cabutan bertuah serta memenangi RM1 juta.

“Saya mula menyimpan dalam BSN sejak 2003. Simpanan itu bertujuan untuk tujuan kecemasan. Saya juga berhasrat untuk membawa ibu yang berusia 84 tahun mengerjakan haji dan umrah serta menggunakan wang itu untuk perbelanjaan harian,” katanya yang masih bujang.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menerima replika cek di sebuah restoran di sini, pada Sabtu.

Hadir sama, Pengarah BSN Perak, Mazlan Mat Jalil.

Katanya, dia memilih untuk menyimpan dalam BSN SSP kerana menawarkan dividen tinggi kepada penyimpan serta menawarkan hadiah lumayan kepada penyimpan sijil berkenaan.

Sementara itu, pemenang cabutan ulang tahun BSN ke-50, Mohd Nasir Abdullah, 57, dari Kampung Gajah tidak menyangka terpilih dalam cabutan bertuah berkenaan sekaliu gus melayakkannya memenangi RM50,000.

Dia yang menyertai cabutan itu pada Jun tahun lalu sudah menyimpan dengan BSN sejak masih bujang.

“Wang yang saya menangi ini akan dimanfaatkan untuk tiga orang anak yang masih belajar,”ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Bayar cukai taksiran MBI, berpeluang menang cabutan bertuah

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI