Tiga penjawat awam ditahan kes rasuah projek RM2.3 juta

IPOH: Lima individu termasuk tiga penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah bernilai lebih RM2.3 juta melibatkan perolehan projek-projek kerajaan Perak.

Kesemua suspek berusia berusia 34 hingga 47 tahun itu ditahan semalam, sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret di sini hari ini untuk permohonan reman.

Majistret Noor Azreen Liana Mohd. Darus membenarkan permohonan SPRM menahan reman kelima-lima suspek yang terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita selama empat hari bermula hari ini hingga Jumaat.

Terdahulu, kesemua suspek tiba di pekarangan mahkamah sekitar pukul 10.22 pagi dengan berpakaian lokap SPRM dan dibawa keluar pada pukul 11.39 pagi.

Difahamkan, tiga penjawat awam dan dua orang kontraktor itu ditangkap kerana terlibat dalam aktiviti rasuah iaitu memberi dan menerima wang suapan melibatkan perolehan bagi kerja-kerja kontrak bernilai kira-kira RM2.3 juta.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perak, Ahmad Sabri Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dijalankan. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI