PKR Perak rancang beli bangunan baharu bernilai RM2 juta

LUMUT – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, menyasarkan untuk mengumpul dana berjumlah RM2 juta bagi membeli bangunan baharu untuk organisasi parti berkenaan.

Pengerusi PKR Perak, Chang Lih Kang berkata, sebuah jawatankuasa bagi tujuan berkenaan telah ditubuhkan dengan dipengerusikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja, Sandrea Ng.

Menurut Ahli Parlimen Tanjung Malim itu, usaha mengutip dana tersebut akan dijalankan selama dua tahun bermula tahun ini.

“Kita menyasarkan dana sebanyak RM2 juta akan dikumpulkan bagi tujuan pembelian bangunan baharu itu dan beberapa siri program untuk mengumpul dana berkenaan akan dilaksanakan.

“Kami sasar dalam dua tahun bermula tahun ini untuk dana ini berjaya dikumpulkan,” katanya.

Beliau berkat demikian pada sidang media Program Pemukiman Majlis Pimpinan Negeri PKR Perak, di Pangkor Village Beach Resort, Pulau Pangkor, di sini, pada Ahad.

Hadir sama pada sidang media itu, Timbalan Pengerusi PKR negeri, Mohamad Hairul Amir Sabri; Setiausaha PKR Perak, Mohd Azlan Helmi; Ketua Wanita PKR Perak, Zuraidah Zakaria; Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak, Zaim Sidqi Zulkifly dan pimpinan negeri yang lain.

Ditanya mengenai lokasi banggunan itu, Ahli Parlimen Tanjung Malim itu berjata ia masih belum dikenal pasti dan akan berbuat demikian selepas dana yang disasarkan mencukupi.

Mengulas mengenai pemukinan berkenaan, Lih Kang berkata, ia bertujuan bertujuan membincangkan pelbagai perkara termasuk hala tuju parti itu di peringkat negeri.

Jelas beliau, selain itu mereka turut membincangkan mengenai usaha merancakkan aktiviti di peringkat cabang.

“Kita akan memperbanyakkan aktiviti yang tidak tertumpu di Ipoh tetapi di cabang-cabang. Mesyuarat pimpinan juga kita akan buat di cabang-cabang selain aktiviti bersama masyarakat yang lain.

“Kita juga akan melaksanakan program menyantuni rakyat dan memainkan peranan sebagai parti pemerintah untuk menyampaikan maklumat tentang kerajaan perpaduan apa yang ada di peringkat negeri dan pusat,” katanya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Rombakan PKR Perak tidak babit Pengerusi, Timbalan Pengerusi

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI