MGPerak: Akta 672 Di Selangor Akan Diputuskan Selepas MMK – Kor Ming

301

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengadakan rundingan secara terperinci bersama Kerajaan Negeri Selangor berhubung penggunaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, rundingan berkenaan akan diadaan selepas keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) negeri itu diputuskan.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri Selangor secara prinsip bersetuju untuk menerima pakai pengunaan akta tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Kor Ming berkata, selain Selangor, perbincangan aktif bagi Akta 672 turut dijalankan bersama kerajaan Pulau Pinang.

Katanya, setakat ini terdapat tujuh negeri telah mengguna pakai akta tersebut iaitu Kedah, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perlis dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini