Buang bayi dalam parit, dua individu dipanggil polis

PARIT – Dua individu telah dipanggil pihak polis bagi merakam percakapan susulan penemuan mayat bayi perempuan yang ditemui lemas dipercayai dibuang dalam parit berhampiran tapak pembinaan Hospital Seri Iskandar, di sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah berkata, kedua dua individu berkenaan merupakan pengadu dan saksi yang menemui bayi dipercayai baharu dilahirkan itu.

Menurut beliau, bagaimanapun pihak polis sehingga kini masih belum mengenal pasti identiti suspek yang terlibat dalam insiden menyayat hati berkenaan.

“Siasatan akan melihat dari segala sudut termasuklah rekod perubatan di klinik kesihatan ibu dan anak berhampiran.

“Polis juga akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari premis berhampiran lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Mengulas lanjut, Hafezul Helmi berkata, bedah siasat yang dijalankan di Hospital Changkat Melintang, Bota mendapati, kematian mangsa tidak dapat dikenal pasti dalam kelahiran.

“Bagaimanapun punca sebenar masih dalam siasatan,” katanya.

Semalam MG Perak melaporkan mayat seorang bayi dipercayai dibuang ditemui lemas di dalam longkang berhampiran tapak pembinaan Hospital Seri Iskandar, di sini, pada Ahad.

Penemuan berkenaan dikongsi salah seorang penduduk di kawasan berhampiran selepas melihat kenderaan polis di lokasi berkenaan membawa mayat bayi tersebut.

Difahamkan bayi tersebut dibuang ke dalam longkang dipenuhi air oleh seorang remaja lelaki yang tidak dikenali identitinya. -MG Perak

Artikel Berkenaan:

Mayat bayi dipercayai dibuang di longkang ditemukan lemas

Polis sahkan mayat bayi perempuan ditemui dalam parit

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI