Polis siasat video tular dakwa anggota minta wang daripada warga asing

KUALA LUMPUR – Polis sedang menjalankan siasatan terperinci berkaitan dakwaan anggotanya meminta wang daripada warga asing di Sri Hartamas di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, satu video dikesan tular di media sosial berkaitan dakwaan tersebut.

“Pihak polis juga telah memulakan siasatan dalaman berkaitan dakwaan tersebut dan siasatan sedang dilaksanakan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).

Anggota didakwa meminta wang dari warga asing disiasat JIPS

“Setakat ini, tiada mana-mana individu yang tampil membuat laporan polis tentang insiden tersebut,” katanya ringkas ketika dihubungi malam tadi.

Semalam, satu klipo video berdurasi 25 saat tular dengan memaparkan seorang wanita mendakwa dia telah melihat seorang anggota polis meminta wang daripada warga Bangladesh.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI