Lori terbalik, trafik PLUS sesak lima kilometer

IPOH – Sebuah lori treler yang membawa muatan bahan buangan berjadual terbalik telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas di kilometer (km) 262.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat sini pada Ahad.

Plustrafik menerusi satu kenyataan pada laman sosial X memaklumkan, semua lorong arah utara masih terhalang setakat jam 12.37 tengah hari.

Katanya, susulan itu laluan kontra masih diaktifkan sebagai lalaun alternatif kepada pengguna lebuh raya di km 262.65 hingga km 263.75.

“Trafik arah selatan sesak 5.4km, manakala arah utara sesak sehingga 3.5km. Justeru semua pengguna diingatkan untuk menggunakan laluan alternatif dan rancang perjalanan,” katanya.

Lori treler terbalik trafik PLUS sesak 5 km lebuhraya PLUS utara selatan kemalangan jalan raya
Pasukan bomba menerima maklumat berkenaan kejadian lori treler yang terbalik itu pada jam 6.53 pagi tadi. Foto JBPM PERAK

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad memaklumkan kemalangan itu tidak melibatkan sebarang mangsa tersepit.

Kata beliau, operasi pembersihan jalan raya susulan kemalangan berkenan sedang giat dilakukan.

“Bomba menerima maklumat berkenaan kejadian itu pada jam 6.53 pagi sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya diatur gerak ke lokasi. Ia turut dibantu dari BBP Kuala Kangsar.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati berlaku kemalangan jalan raya melibatkan lori treler yang terbalik dan merintangi jalan di lebuh raya berkenaan,” ujarnya. -MG Perak

 

ARTIKEL BERKAITAN:

Lelaki rentung selepas kereta terbabas, terbakar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI