Isu stoking: Tidak boleh sama sekali sesiapa pun menghina Islam – Anwar

IPOH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat supaya jangan menjadi penyiasat, pendakwa dan penghukum berhubung isu stoking tertera kalimah Allah yang hangat diperkatakan baru-baru ini.

Menurutnya, perkara itu adalah di bawah bidang pihak berkuasa berkaitan seperti polis, Jabatan Peguam Negara dan hukuman bukan terletak di tangan rakyat.

“Kalau kes stoking saya beritahu tadi sewaktu Hari Polis, siasat, kalau betul-betul salah, tangkap dan dakwa. Tutup buku maju terus.

“Janganlah sampai berminggu-minggu semua nak jadi pahlawan-pahlawan, kerja tak jalan berbicara soal digital, tidak ada negara tidak maju asyik bergaduh berminggu-minggu tentang satu tajuk, stoking.

“Habis stoking kantin, bukan maksud saya nak remehkan, tidak boleh sama sekali sesiapa menghina apatah lagi agama Islam sebagai agama persekutuan.

Rakyat jangan jadi penyiasar, pendakwa, penghukum - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni para tetamu pada Majlis Berbuka Puasa Madani Peringkat Negeri Perak 2024 di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 25 MAC 2024.

“Jangan kita jadi penyiasat, kita jadi pendakwa, kita penghukum kerana yang siasat itu polis yang mendakwa itu Jabatan Peguam Negara dan yang akan menghukum itu mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Madani Peringkat Negeri Perak bersama Perdana Menteri di Kolej Poly Tech Mara, Bandar Meru Raya, di sini, pada Isnin.

Hadir sama pada majlis itu, Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.

Terdahulu, Anwar ketika berucap sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-217 di Pusat Latihan Polis di Kuala Lumpur berkata, kerajaan tidak campur tangan terhadap sebarang proses siasatan berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah ALLAH oleh KK Mart cawangan Bandar Sunway di Petaling Jaya baru-baru ini.

Beliau berkata, kerajaan memberi laluan penuh kepada polis untuk menjalankan siasatan dan menyifatkan isu itu bukanlah boleh diselesaikan melalui sebarang tindakan oleh gerombolan berasingan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

UMNO Perak gesa isu stoking tertera kalimah Allah diselesaikan segera

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI