Seorang pengerusi pertubuhan sebuah koperasi di negeri ini bersama anaknya ditahan reman selama enam hari kerana disyaki menyalahgunakan jawatan mereka bagi pelantikan untuk pemberian kerja-kerja pengusahahasilan hutan simpan bernilai RM700,000.
Majistret ‘Atifah Hazimah Wahab membenarkan permohonan reman dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak mulai hari ini sehingga 31 Mac depan di kompleks Bangunan Mahkamah Tinggi Ipoh, di sini pada Selasa.
Dia ditahan bersama anaknya yang juga Pegawai Khas Projek Koperasi masing-masing berusia 68 dan 46 tahun itu ketika mereka memberi keterangan di pejabat agensi berkenaan di Bandar Meru Raya petang semalam.