MGPerak: Mahu Rakyat Perak Gembira Rayakan Aidilfitri, Tarif Air Diumum Selepas Itu

241

Kerajaan Negeri Perak akan mengumumkan kadar baharu tarif air selepas perayaan Aidilfitri, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Pengerusi Lembaga Air Perak (LAP) itu berkata, ia bagi memberi laluan kepada rakyat di negeri ini meraikan Hari Raya Aidilfitri terlebih dahulu.

Menurut Saarani, kadar baharu tersebut telah dipersetujui oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) di sini, pada Selasa.

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini