Portal Perak Digital 2.0 dijangka dilancarkan selepas Aidilfitri

GOPENG – Platform digital dalam memudahkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memohon peruntukan bagi melaksanakan sebarang aktiviti di negeri ini dijangka dilancarkan selepas Hari Raya Aidilfitri.

Exco Komunikasi Multimedia dan NGO Perak, Mohd Azlan Helmi berkata, platform tersebut akan dilancarkan di bawah Portal Perak Digital 2.0 selepas sesi libat urus bersama beberapa pihak selesai.

“Aplikasi tersebut sudah siap dan kita akan lancarkan Portal Perak Digital 2.0 dalam masa terdekat memandangkan ada libat urus perlu dilaksanakan bersama dengan pejabat kewangan dan sebagainya.

“Ada sedikit cabaran bagi saya untuk kita mendigitalkan keseluruhan dokumen dan kita perlukan sedikit masa, tapi Perak Digital 2.0 aan dilancarkan tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terkini platform digital berkenaan yang sepatutnya dilancarkan Januari lalu.

Terdahulu Mohd Azlan hadir pada Program Meriah Beraya Sejahtera Bersama anjuran Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tualang Sekah di Pasaraya Mydin, RTC Gopeng, di sini, pada Ahad.

Exco Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Perak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah, Mohd Azlan Helmi Helmi (kanan) membantu memilih pakaian raya penerima bantuan pada Program Meriah Beraya Sejahtera di Pasaraya Mydin, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng. Foto ABDULLAH YUSOF, 31 MAC 2024.

Dalam program itu, seramai 214 individu kalangan golongan B40 diraikan menerusi pemberian baucar RM150 kepada setiap penerima bagi penyediaan kelengkapan Aidilfitri tahun ini.

Media pada Disember tahun lalu melaporkan Mohd Azlan berkata platform yang akan dikawal selia oleh pihak Digital Perak itu sudah disiapkan hampir 90 peratus dan dijangka dilancarkan Januari 2024.

“Sementara ini semua permohonan peruntukan dihantar secara manual bersama surat permohonan ke pejabat saya untuk disemak sebelum diberi kelulusan.

“Namun kita kini sedang menyiapkan sebuah platform digital yang dijangka beroperasi Januari tahun hadapan yang mana pemohon tidak perlu lagi menulis surat selain menjimatkan masa dan sebagainya,” katanya. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak bangunkan platform digital bagi NGO mohon peruntukan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI