PM cakna keperluan, kebajikan rakyat Parlimen Tambun

IPOH – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sentiasa mengikuti perkembangan semasa di Parlimen Tambun dalam usaha memastikan kebajikan rakyat di kawasannya terjaga.

Setiausaha Politik beliau (Menteri Kewangan), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, beliau dan Pegawai Khas di Parlimen Tambun sentiasa berusaha untuk memastikan mereka dapat menyantuni dan menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku dalam kawasan Parlimen tersebut.

Menurutnya, perkara tersebut adalah tekad dan usaha semua pihak dari semasa ke semasa, untuk merealisasikan amanat dan gagasan oleh Perdana Menteri supaya terus turun ke lapangan untuk menyantuni serta melihat sendiri keadaan termasuk keperluan rakyat.

Katanya, walaupun sibuk, Anwar tetap mengikuti perkembangan terkini rakyat di Parlimen Tambun sama ada melalui media sosial ataupun wakilnya yang berada di lapangan.

“Kalau kita ikut perkembangan melalui media sosial semata-mata, itu tidak  mencukupi. Justeru, kita harus turun padang melihat dan bersemuka dengan masyarakat setempat supaya kita dapat menyelami permasalahan mereka dan  menyelesaikannya,” katanya.

PM cakna keperluan, kebajikan rakyat Parlimen Tambun
Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim (kiri) menyampaikan duit raya kepada anak yatim pada Majlis Iftar Bersama Anak-Anak Yatim Peringkat Parlimen Tambun di Rumah Anak Yatim An- Nur Maisarah Chemor, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 3 APRIL 2024.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Rumah Anak Yatim An-Nur Maisarah dan Penyerahan Kotak Rahmah kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) malam tadi.

Menyentuh mengenai jumlah keseluruhan peruntukan yang diberikan kepada masyarakat Tambun, Muhammad Kamil berkata, tiada sumbangan khusus ditetapkan kerana ia disalurkan kepada mereka yang memerlukan pada setiap masa.

“Kita tidak ada sumbangan khusus tetapi sumbangan itu disampaikan dari semasa ke semasa bukan sekadar untuk Ramadan atau Aidilfitri ini.

“Sehubungan itu, kita akan pastikan akan ada bantuan yang diperuntukan khusus untuk kelompok yang memerlukan diberi keutamaan.

“Contoh hari ini kita ambil kesempatan menyantuni kelompok anak yatim dan asnaf, rumah-rumah kebajikan masyarakat dan insyaAllah semua segmen ini tidak akan diketepikan atau disisih,” jelasnya.

PM cakna keperluan, kebajikan rakyat Parlimen Tambun
Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim (kiri) menyerahkan kotak makanan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Parlimen Tambun pada Majlis Iftar Bersama Anak-Anak Yatim Peringkat Parlimen Tambun di Rumah Anak Yatim An- Nur Maisarah Chemor, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 3 APRIL 2024.

Dalam pada itu, beliau meminta penduduk yang mempunyai masalah untuk tampil sendiri ke Pejabat Parlimen Tambun bagi mereka meneliti dan mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah.

“Saya percaya semua staf di sana akan santuni dan cuba selesaikan permasalahan yang berbangkit dengan sewajarnya,” jelasnya.

Terdahulu, Muhammad Kamil mengadakan Ziarah Kasih Madani mewakili Anwar menyantuni anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di Meru Raya dan mengadakan Ziarah Kasih Madani ke 10 rumah di Taman Meru 2C dan Kampung Dato’ Ahmad Said Tambahan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

PM pertahan harga barangan keperluan jauh lebih rendah berbanding dulu

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI