Perak edar 11,000 juadah raya kepada pasukan uniform

IPOH – Kerajaan Negeri Perak mengedarkan 11,000 juadah hari raya kepada pasukan beruniform di seluruh negeri sempena perayaan Aidilfitri tahun ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pemberian berkenaan sebagai menghargai jasa dan pengorbanan pasukan beruniform yang bertugas pada musim perayaan Aidilfitri.

Menurut beliau, juadah hari raya berkenaan bukan hanya diberikan kepada pasukan keselamatan seperti polis dan tentera malah juga badan beruniform lain.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bergambar pada Majlis Penyerahan Juadah Hari Raya 2024 Kerajaan Negeri Perak kepada Pasukan Beruniform di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 3 APRIL 2024.

“Saya dimaklumkan sebanyak 11,000 kotak juadah makanan hari raya akan diagihkan dan diharapkan ia akan sedikit sebanyak menyerikan suasana Aidilfitri rakan-rakan anggota pasukan keselamatan.

“Semoga pemberian ini juga dapat mengubat kerinduan mereka kepada keluarga di kampung serta sebagai tanda penghargaan kita kepada pengorbanan mereka dalam menjaga keselamatan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Penyerahan Juadah Hari Raya 2024 Kerajaan Negeri Perak kepada Pasukan Beruniform di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, pada Rabu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad melihat juadah hari raya pada Majlis Penyerahan Juadah Hari Raya 2024 Kerajaan Negeri Perak kepada Pasukan Beruniform di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 3 APRIL 2024.

Saarani turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas jasa dan pengorbanan seluruh anggota barisan hadapan yang telah menyerahkan seluruh jiwa dan raga berjuang tanpa mengira waktu.

“Selamat Hari Raya Aidilfitri, Minal Aidin wal Faizin, mohon maaf zahir dan batin, semoga kita semua dapat merayakan kemenangan dengan penuh kesyukuran dan keamanan, berkat pengorbanan para pahlawan kita,” katanya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

MGPerak: Mahu Rakyat Perak Gembira Rayakan Aidilfitri, Tarif Air Diumum Selepas Itu

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI