Perak SADC tawar 24 ekor lembu, 3,600 ayam pada Jualan Rahmah Aidilfitri

IPOH – Daging segar dari 24 ekor lembu, serta 3,600 ekor ayam segar antara barangan yang dijual dengan harga subsidi oleh Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) menerusi Jualan Rahmah Aidilfitri, pada Jumaat.

Ketua Pegawai Eksekutif SADC, Datuk Yahanis Yahya berkata, turut dijual 4,000 papan telur serta 200 ekor daging itik segar.

Katanya, sebanyak 1,600 pra-pesanan ke atas kesemua barangan itu telah direkodkan sejak ia mula dibuka pada 20 Mac lalu sehingga Selasa atau 2 April.

perak sadc aidilfitri hari raya jualan daging ayam lembu rahmah yahanis
Ketua Pegawai Eksekutif Perak SADC, Datuk Yahanis Yahya (kiri) menunjukkan daging lembu segar ketika hadir pada Program Jualan Rahmah Aidilfitri di Ibu Pejabat Perak SADC, Ipoh, hari ini. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 05 APRIL 2024.

“Mereka yang telah membuat pra-pesanan itu boleh mengambil barangan yang telah ditempah itu pada hari ini (Jumaat) atau Isnin minggu hadapan.

“Walau bagaimanapun, kita juga menerima sebarang pembelian melalui kaedah datang terus atau ‘walk-in’, kerana barangan yang dijual melebihi daripada jumlah pra-pesanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Jualan Rahmah Aidilfitri dan Semarak Ramadan Rewang Perak SADC di pekarangan Bangunan Perak SADC, dekat sini, pada Jumaat.

perak sadc aidilfitri hari raya jualan daging ayam lembu rahmah yahanis
Seorang Kakitangan Perak SADC membuat persediaan membungkus daging lembu ketika tinjauan MG Perak pada Program Jualan Rahmah Aidilfitri di perkarangan Ibu Pejabat Perak SADC, Ipoh, hari ini. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 05 APRIL 2024.

Pada program berkenaan, satu kilogram (kg) daging segar dijual pada harga RM32 , ayam segar (RM6 per kg), serta satu papan telur dijual pada harga RM10.

Selain itu, turut dijual daging bahagian batang pinang pada harga RM39 per kg, tulang (RM26 per kg), tulang rusuk (RM28 per kg), kaki (RM10 satu batang), organ (RM16 per kg), kepala lembu (RM60 seunit) serta tulang lutut atau ‘gear box’ (RM10 seunit).

Orang ramai yang telah membuat pembelian melalui pra-pesanan boleh mengambilnya pada program berkenan bermula jam 8 pagi sehingga 12 tengah hari, pada dua hari berkenaan.

perak sadc aidilfitri hari raya jualan daging ayam lembu rahmah yahanis
Ketua Pegawai Eksekutif Perak SADC, Datuk Yahanis Yahya pada sesi sidang media bersama wartawan ketika tinjauan MG Perak pada Program Rewang Ramadan Bersama Kakitangan Perak SADC, di perkarangan berkenaan tersebut, hari ini. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 05 APRIL 2024.

Turut diadakan juga jualan barangan kering lain, seperti tepung, beras, kicap, sos dan sebagainya, dengan potongan harga 20 peratus daripada pasaran melalui Kedai Bergerak Negeri Perak di lokasi sama.

Noor Azlina Abd Ghani, 36, membeli minyak masak ketika tinjauan MG Perak pada Program Jualan Rahmah Aidilfitri di Ibu Pejabat Perak SADC, Ipoh, hari ini. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 05 APRIL 2024.
Ketua Pegawai Eksekutif Perak SADC, Datuk Yahanis Yahya (tengah) membantu Kakitangan Perak SADC membuat persediaan pada Program Rewang Ramadan Bersama Kakitangan Perak SADC di perkarangan berkenaan tersebut, hari ini. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 05 APRIL 2024.

Pada masa sama, Yahanis memaklumkan inisiatif jualan pada harga subsidi itu diadakan sebagai usaha meringankan beban orang ramai dalam membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang berbaki beberapa hari lagi ini.

“Kita nampak permintaan untuk program seperti ini banyak, malah kita juga pernah adakan program jualan murah di luar musim Aidilfitri bersama Yayasan Bina Upaya.

“Setakat ini, program-program seperti ini sambutan sangat baik, dan kita memang mengharapkan dapat membantu meringankan beban golongan B40 dalam mendapatkan bekalan barangan keperluan ini,” katanya lagi. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI