Ops Khas Aidilfitri: 800 kes pandu kenderaan lebih 170km sejam

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) mengesan sebanyak 16,142 kes pemanduan kenderaan melebihi 130 kilometer (km) sejam di seluruh negara pada Ops Khas Hari Raya Aidilfitri, sejak 1 April lalu.

Pengarah Kanan Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Lokman Jamaan berkata, daripada jumlah itu, 95 peratus dikesan memandu pada kelajuan 130 km sejam hingga 170 km sejam.

Katanya, manakala 5 peratus atau 800 kes lain membabitkan pemanduan kenderaan melebihi 170 km sejam.

Ops Khas Aidilfitri 800 kes pandu kenderaan lebih 170 km sejam JPJ motosikal kenderaan kesalahan Datuk Lokman Jamaan pemanduan
Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Malaysia, Datuk Lokman Jamaan (kanan) hadir melakukan tinjauan pada Operasi Bersepadu Motosikal bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri (HRA) Tahun 2024 di hadapan Institut Memandu Sri Perak, Meru Raya, Ipoh petang tadi. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 07 APRIL 2024.

“Kita boleh lihat bahawa sikap pemanduan laju ini masih belum dapat dikurangkan, dan saya ingin menasihatkan orang ramai bahawa sikap itu memberi kesan besar terhadap kemalangan dan boleh menyebabkan maut.

“Jadi kita menasihatkan pengguna jalan raya untuk terus mematuhi peraturan dan had kelajuan jalan raya yang ditetapkan khususnya dalam tempoh Hari Raya Aidilfitri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita ketika meninjau Operasi Bersepadu Motosikal bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024 di Meru Raya, dekat sini, pada Ahad.

Ops Khas Aidilfitri 800 kes pandu kenderaan lebih 170 km sejam JPJ motosikal kenderaan kesalahan Datuk Lokman Jamaan pemanduan
Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Malaysia, Datuk Lokman Jamaan pada sesi sidang media ketika hadir melakukan tinjauan pada Operasi Bersepadu Motosikal bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri (HRA) Tahun 2024 di hadapan Institut Memandu Sri Perak, Meru Raya, Ipoh petang tadi. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 07 APRIL 2024.

Tegas beliau lagi, JPJ tidak berkompromi dengan pemandu yang gagal mematuhi had laju dan tindakan tegas akan diambil di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam perkembangan sama, Lokman memberitahu, sebanyak 13,128 motosikal diambil tindakan dengan 1,464 motosikal daripadanya disita atas pelbagai kesalahan dalam tempoh Ops Khas Motosikal selama enam hari ini.

Ops Khas Aidilfitri 800 kes pandu kenderaan lebih 170 km sejam JPJ motosikal kenderaan kesalahan Datuk Lokman Jamaan pemanduan
Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Malaysia, Datuk Lokman Jamaan (tengah) memeriksa motosikal ketika hadir melakukan tinjauan pada Operasi Bersepadu Motosikal bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri (HRA) Tahun 2024 di hadapan Institut Memandu Sri Perak, Meru Raya, Ipoh petang tadi. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 07 APRIL 2024.

Menurut beliau, dalam tempoh sama, sebanyak 26,313 notis telah dikeluarkan JPJ kepada penunggang motosikal dengan tiada lesen memandu kompeten (CDL) direkodkan sebagai kesalahan tertinggi.

Anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak melakukan sekatan jalan pada Operasi Bersepadu Motosikal bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri (HRA) Tahun 2024 di hadapan Institut Memandu Sri Perak, Meru Raya, Ipoh petang tadi. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 07 APRIL 2024.

“Antara kesalahan ekstrem yang direkodkan adalah ada pemilik yang membuang brek motosikal dengan tujuan mahu menunggang dengan kelajuan maksimum.

“Dan daripada jumlah kesalahan yang direkodkan, pengendali motosikal masih lagi menjadi penyumbang tertertinggi kepada pelanggaran undang-undang jalan raya,” katanya lagi. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Wanita tiada lesen beri alasan terlepas simpang jalan ketika ditahan JPJ

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI