Perak teruskan Bantuan Sara Diri dan Kecemasan Mahasiswa

IPOH – Kerajaan Negeri Perak memperuntukkan RM2 juta bagi program Bantuan Sara Diri dan Kecemasan Mahasiswa.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, jumlah peruntukan berkenaan dikekalkan seperti tahun lalu yang meliputi peruntukan sebanyak RM1.8 juta untuk program Bantuan Sara Diri Mahasiswa dan RM36,000 bagi Bantuan kecemasan Mahasiswa.

“Bantuan Sara Diri Mahasiswa terbahagi kepada dua fasa iaitu yang pertama bermula 17 April sehingga 17 Mei 2024.

“Manakala fasa kedua pula pada Ogos atau September ini dan dibuka sehingga bulan Oktober 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Pelancaran Bantuan Sara Diri dan Bantuan Kecemasan Mahasiswa di Pejabat Menteri Besar Perak di sini, pada Rabu.

Dalam pada itu, Saarani berkata program itu bertujuan meringankan beban kewangan mahasiswa daripada golongan kurang berkemampuan agar mereka fokus untuk terus cemerlang dalam pengajian.

“Semua mahasiswa anak-anak Perak yang berkelayakan boleh memohon dan mengisi borang di pautan, www.eheyns.com.my ,” jelasnya. – MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI