Kanak-kanak lelaki terjatuh tasik berhampiran masjid

SERI ISKANDAR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun terjatuh ke dalam tasik berhampiran sebuah masjid di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini, pada Sabtu.

Difahamkan, ketika kejadian keluarga kanak-kanak malang itu sedang singgah di masjid berkenaan dan menunggu masuk waktu solat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian itu pada jam 1.19 tengah hari.

Katanya, sejurus selepas itu sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Iskandar dan dibantu BBP Parit serta BBP Ipoh diatur gerak ke lokasi kejadian.

Kanak-kanak lelaki terjatuh tasik masjid bomba Perak seri Iskandar
Bomba menerima maklumat berkenaan kejadian itu pada jam 1.19 tengah hari. Foto JBPM PERAK

Menurut beliau, hasil maklumat daripada keluarga dan kamera litar tertutup (CCTV), sebelum kejadian, cuma kanak-kanak berkenaan berada berhampiran dengan tasik berkenaan.

“Pasukan bomba membuat pencarian pada permukaan sebelum membuat pencarian melalui kaedah menyelam.

“Pasukan penyelamat menemukan kanak-kanak berkenaan pada jarak 3 meter daripada tebing dipercayai lokasi kanak-kanak berkenaan terjatuh.

“Kanak-kanak lelaki itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Operasi yang diketuai Komander Operasi, Muhammad Ashraf Mat Isa itu terkawal pada jam 4.25 petang. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Mayat bayi dipercayai dibuang di longkang ditemukan lemas

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI