Perak tuan rumah Hari Anggota Bomba Sedunia 2024

IPOH – Perak bakal menjadi tuan rumah sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2024 peringkat kebangsaan yang dijadualkan berlangsung pada 4 Mei depan di Parlimen Tambun.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, program sehari itu bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Tambun.

Menurut beliau, pelbagai aktiviti dan acara menarik ditampilkan antaranya perbarisan kawalan kehormat bomba, perarakan kontinjen perbarisan daripada pelbagai unit, demonstrasi bom air dari helikopter, pertunjukkan ular dan penampilan khas ‘abang sado’.

“Sambutan tahun ini agak istimewa kerana kita berjaya membawa Hari Anggota Bomba Sedunia ke negeri Perak di kawasan Parlimen Perdana Menteri,” katanya sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri DAP bersama Media Perak di sini pada Sabtu.

Kor Ming yang juga ahli Parlimen Teluk Intan berkata, peruntukan RM267 juta untuk perolehan aset Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) seperti diumum sebelum ini diharap dapat membantu meningkatkan keupayaan pasukan itu dalam tugas menyelamat.

Katanya, situasi semasa menunjukkan khidmat pasukan bomba bukan setakat memadam kebakaran, tetapi diperlukan dalam khidmat kemanusiaan dan kes-kes kecemasan lain.

“Sekarang kes buaya pun panggil bomba seperti beberapa hari lepas, angota kita bantu pindahkan buaya di Melaka.

“Itu tidak termasuk lagi ular, sarang tebuan dan sebagainya yang semuanya perlukan khidmat bomba dan kerana itulah tahun ini kita beri peruntukan paling tinggi dalam sejarah kepada pasukan ini,” katanya. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

JBPM ‘tabik hormat’ Uncle Choong selamatkan wanita Melayu dihanyut arus

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI