30 set bubu naga dirampas di Pulau Talang

LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak berjaya merampas 30 set bubu naga atau bubu kamban di kedudukan sekitar 0.7 batu nautika dari barat laut Pulau Talang, sekitar jam 3.15 petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, bubu ini dikesan oleh sepasukan bot ronda Maritim Malaysia sewaktu mengadakan rondaan rutin di kawasan berkenaan.

Menurutnya, pihaknya menemui bendera berwarna merah serta pelampung yang diikat pada pancang kayu yang mencurigakan di lokasi terbabit. Jelas beliau,

“Bendera serta pelampung yang mencurigakan itu kemudian dirapati dan pemeriksaan mendapati bendera  ia adalah penanda kepada bubu naga yang dipasang oleh individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab.

“Kesemua bubu naga yang dianggarkan bernilai lebih RM2,000 itu dirampas dan kemudiannya diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

“Pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan.

“Individu yang melakukan kesalahan berkenaan akan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, pihaknya akan terus membuat rampasan ke atas bubu naga serta tidak akan berkompromi dalam mengenakan tindakan ke atas pesalah yang melakukan aktiviti menyalahi undang-undang ini.  – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Maritim Malaysia tahan bot, rampas 27 bubu naga

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI