PM tak pernah perakui penubuhan parti baharu

KUALA LUMPUR – Pejabat Perdana Menteri menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menyokong atau memperakui mana-mana pihak untuk menubuhkan parti politik baharu.

Dalam kenyataan di sini, Pejabat Perdana Menteri berkata, pihaknya memandang serius tindakan mana-mana pihak yang secara sengaja menyalahgunakan nama Perdana Menteri bagi tujuan tertentu tanpa kebenaran daripadanya.

“Tindakan sedemikian adalah amat tidak bertanggungjawab sekali gus memberi dampak negatif kepada kredibiliti Perdana Menteri dan pentadbiran kerajaan.

“Sehubungan itu, pihak Pejabat Perdana Menteri menasihatkan agar rakyat tidak keliru dengan kenyataan tidak rasmi yang dikeluarakan oleh mana-mana pihak,” katanya. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI