Lelaki maut, terjatuh dari tingkat empat pangsapuri

IPOH – Seorang lelaki berusia 22 tahun ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari bangunan sebuah pangsapuri, di Pusat Bandar Baru Bercham, dekat sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian itu melalui panggilan kecemasan pada jam 11.26 malam.

Menurut beliau, hasil siasatan di lokasi mendapati lelaki tempatan berkenaan ditemukan terbaring di tengah jalan selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat bangunan pangsapuri tersebut.

“Pemeriksaan pada tubuh badan mangsa mendapati mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala selain tidak menjumpai sebarang unsur jenayah.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Pada masa sama, Abang Zainal Abidin meminta agar orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan sebarang perlakukan jenayah untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis (IPD) Ipoh di talian 05-2542222.

“Pada kesempatan ini, pihak polis menyeru individu yang mengalami masalah atau tekanan supaya mendapatkan bantuan dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan terdekat dan juga pihak-pihak yang menyediakan khidmat nasihat,” ujarnya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Warga emas hampir 100 tahun maut terjatuh dari tingkat 13

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI