MGPerak: Jangan Menangguk Di Air Keruh, 80 Peratus KIR Miskin Tegar Di Perak Berjaya Keluar

431

Kerajaan Negeri Perak berjaya membawa keluar lebih daripada 80 peratus Ketua Isi Rumah (KIR) yang berada dalam kategori miskin tegar setakat ini.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, angka itu diperoleh berdasarkan kepada Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Menoktahkan Kemiskinan Negeri yang berlangsung minggu lalu.

Katanya, menurut data pemutihan dan pasukan petugas khas di semua daerah, daripada 3,261 KIR miskin tegar pada bulan lalu, ia kini menurun kepada 971 KIR setakat ini.

Menurut beliau, ia adalah hasil berterusan semua pihak termasuk agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam memastikan hasrat kerajaan negeri menoktahkan kadar kemiskinan tegar menjadi realiti.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini