10,000 pokok bakal di tanam di Taman Alam Kinta

KAMPAR – Taman Alam Kinta yang merupakan taman negeri ketiga terbesar di Perak memainkan peranan penting dalam melestarikan kepelbagaian biologi dan habitat haiwan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, keunikan dan keindahan Taman Alam Kinta yang menjadi syurga kepada lebih 150 spesies burung dan lebih 1,400 burung air, menjadikannya destinasi menarik untuk pelancongan sambil menjaga alam sekitar.

Menurut beliau, justeru itu Program Penanaman Semula Pokok AEON Credit Biodiversity (Afforestation) di taman negeri berkenaan merupakan langkah penting dalam pemuliharaan alam sekitar serta menyokong agenda pemuliharaan biodiversiti di negeri ini.

Keunikan dan keindahan Taman Alam Kinta, Kampar yang menjadi syurga kepada lebih 150 spesies burung dan lebih 1,400 burung air menjadikannya destinasi menarik untuk pelancongan sambil menjaga alam sekitar. Foto ABDULLAH YUSOF, 11 MAY 2024.

“Program yang dilaksanakan AEON Credit ini mensasarkan penanaman semula 10,000 pokok hutan spesies tempatan, spesies dari Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam SemulaJadi (IUCN) dan spesies pokok buah-buahan di kawasan taman seluas lebih 20 hektar menjelang September tahun ini.

“Usaha yang dilakukan ini bukan sahaja membantu memulihara hutan dan mengekalkan kehijauan bumi, tetapi juga menjaga habitat hidupan yang mendiami kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir merasmikan Program Pemuliharaan Biodiversiti (Afforestation) AEON Credit di Taman Alam Kinta di sini, pada Sabtu.

Sukarelawan menanam pelbagai spesies anak pokok hutan pada Program Pemuliharaan Biodiversiti (Afforestation) AEON Credit di Taman Alam Kinta, Kampar.
Keunikan dan keindahan Taman Alam Kinta ini yang menjadi syurga kepada lebih 150 spesies burung dan lebih 1,400 burung air menjadikannya destinasi menarik untuk pelancongan sambil menjaga alam sekitar. Foto ABDULLAH YUSOF, 11 MAY 2024.

Pada majlis berkenaan, seramai 600 sukarelawan terlibat menanam sebanyak 2,000 anak pokok pelbagai jenis seperti mengkulang, balau pasir, merawan siput jantan dan meranti rambai daun di di kawasan konservasi Taman Alam Kinta.

Mengulas lanjut, Saarani berkata, komitmen dan sinergi pelbagai pihak, termasuk badan korporat seperti AEON Credit dalam menjayakan Pelan Hala Tuju Kelestarian, yang memberi tumpuan kepada aktiviti penghijauan semula seharusnya dipuji kerana ia penting dalam menangani isu perubahan iklim dan pengurangan kehilangan hutan.

“Kerajaan Negeri berharap jalinan sinergi antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO), badan korporat, dan agensi kerajaan dalam melestarikan alam sekitar akan berterusan dan semoga usaha baik ini akan memberi manfaat kepada rakyat dan negeri secara keseluruhannya,” katanya.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (empat,kiri) bergambar selepas menanam anak pokok merawan siput jantan pada Program Pemuliharaan Biodiversiti (Afforestation) AEON Credit di Taman Alam Kinta, Kampar. Foto ABDULLAH YUSOF, 11 MAY 2024.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai sasaran penanaman 10 juta pokok menjelang 2025 di negeri ini Saarani berkata, Perak kini berada di landasan yang betul dalam mencapai sasaran ditetapkan.

Beliau berkata, sejak kempen dimulakan pada 2021, kerajaan negeri berjaya menanam 7.88 juta pokok pelbagai spesies di seluruh negeri.

“Ini tidak termasuk program yang dilaksanakan AEON Credit ini mensasarkan penanaman semula 10,000 pokok hutan spesies tempatan, spesies dari Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam SemulaJadi (IUCN) dan spesies pokok buah-buahan di kawasan taman seluas lebih 20 hektar menjelang September tahun ini,” katanya. -MG Perak

Artikel Berkenaan:

MGPerak: Elak Hutan Simpan Diceroboh, Perak Tambah Penguat Kuasa

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI