APM sesuaikan latihan anggota mengikut cuaca semasa

IPOH – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), tidak akan mengurangkan latihan sedia ada susulan kematian seorang anggota akibat strok haba pada April lalu.

Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Aminurrahim Mohamed berkata, sebaliknya agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri itu akan menyesuaikan latihan sedia ada mengikut keadaan cuaca bagi mengelakkan insiden sama berulang.

Menurut beliau, APM telah diberi taklimat serta nasihat oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dalam mengadakan latihan terutamanya ketika musim panas.

“Kita tidak menjuruskan kepada pengurangan latihan tetapi bentuk-bentuk latihan dalam situasi-situasi latihan itu kita akan mengambil kira lokasi dan cuaca.

Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam (APM) Datuk Aminurrahim Mohamed ketika berucap pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pegawai Kehormat Serta Penganugerahan Reben Perkhidmatan Dan Kecemerlangan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Peringkat Negeri Perak di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 16 MAY 2024.

“Sebagai contoh biasanya kita buat latihan sebelah malam kalau tengah hari kita kena kurangkan atau elakkan tetapi dari segi latihan kita tidak akan kurangkan kerana itu ada KPI dan kena pastikan warga APM dalam keadaan siap siaga,” Katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pegawai Kehormat serta Penganugerahan Reben Perkhidmatan dan Kecemerlangan APM Perak di Kompleks Kementerian Dalam Negeri di sini, pada malam tadi.

Pada 22 April lalu, seorang anggota APM Pulau Pinang meninggal dunia selepas rebah dan disahkan koma sejak 9 Mac lalu ketika menjalani latihan di Port Dickson.

Allahyarham Muhammad Afiq Ammar, 25, yang dipercayai terkena strok haba pada mulanya dimasukkan ke Hospital Port Dickson, namun dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar, di sini selepas kesihatannya semakin merosot.

Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam (APM) Datuk Aminurrahim Mohamed (dua,kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada Editor MG Perak, Mohamad Hafizi Mohd Said (kanan) pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pegawai Kehormat Serta Penganugerahan Reben Perkhidmatan Dan Kecemerlangan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Peringkat Negeri Perak di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 16 MAY 2024.

Sementara itu, dalam perkembangan lain APM menghargai keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi tambahan 302 perjawatan kontrak bagi agensi itu dalam usaha mempertingkat dan memperkasakan fungsinya sebagai urus setia jawatankuasa bencana.

Menurut Aminurrahim, walaupun turut memohon perjawatan tetap, pihaknya memandang ianya releven dengan situasi semasa berhubung pelarasan gaji penjawat awam yang sedang dilaksanakan kerajaan ketika ini.

Katanya, berita gembira itu diterima tidak lama selepas pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 5 Mac lalu yang membayangkan berita gembira berkaitan lantikan perjawatan tetap anggota APM dalam waktu terdekat.

“Alhamdulillah sebenarnya selepas sahaja pengumuman oleh Timbalan Perdana Menteri itu, kita dimaklumkan oleh JPA bahawa mereka sudah mengangkat dan memperakukan 302 perjawatan kontrak itu kepada Kementerian Kewangan (MoF). Seperti kita tahu, ketika ini tiada lantikan tetap bagi penjawat awam.

“Kita faham jawatan kontrak yang diluluskan ketika ini memang releven, seperti yang orang kata, kena berhati-hati sambil menunggu situasi atau kesan daripada perjawatan baharu yang diambil,” katanya. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI