Perak sumbang RM5,000 kepada keluarga Konstabel Ahmad Azza Fahmi

LENGGONG – Kerajaan Negeri Perak akan menyumbang RM5,000 kepada keluarga Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi, Azhar Khaiden yang terkorban dalam serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Jumaat.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sumbangan berkenaan juga akan diberikan kepada tiga lagi mangsanahas tragedi helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) April lalu.

Menurut beliau, semua penerima sumbangan merupakan anggota keselamatan yang berasal dari Perak.

“Kerajaan Perak akan menyumbang wang tunai RM5,000 peruntukan bukan sahaja kepada anggota polis yang terkoban malah juga mangsa nahas helikopter,” jawabnya ringkas.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Majlis Pelancaran dan Perasmian Karnival Agropelancongan Perak 2024 di Resort Tasik Raban, Lenggong, di sini, pada Sabtu.

Pada Jumaat, negara digemparkan dengan serangan berdarah oleh seorang lelaki bertopeng sehingga mengorbankan dua anggota polis di Balai Polis Ulu Tiram, pada jam 2.45 pagi.

Anggota polis yang terkorban adalah Ahmad Azza Fahmi dan Konstabel Muhammad Syafiq Ahmad Said.

Sementara, Koperal Mohd Hasif Roslan yang mengalami kecederaan dalam insiden serangan sama dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan menjalankan rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Pada masa sama, polis mengesahkan suspek lelaki berusia 21 tahun ditembak mati dalam kejadian berkenaan.

Sementara itu, April lalu 10 anggota TLDM terkorban dalam tragedi yang membabitkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru helikopter Fennec TLDM. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI