Maritim Perak rampas 61 set bubu naga

LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak, merampas 62 set bubu naga yang diletakkan di dua lokasi berbeza sekitar 1.8 batu nautika dari barat daya Pulau Talang dan 1.6 batu nautika dari barat Pantai Remis, semalam.

Pengarah Maritim Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, rondaan itu dijalankan sekitar jam 3.10 petang Ahad lalu hingga jam 12.45 tengah hari semalam.

“Bubu naga dikesan pasukan bot ronda Maritim Malaysia ketika sedang melaksanakan rondaan dengan penemuan bendera berwarna merah dan putih serta botol minuman yang dijadikan pelampung yang diikat pada pancang kayu mencurigakan di lokasi terbabit.

“Tinjauan secara dekat oleh anggota bot ronda mengesahkan bendera berwarna merah dan putih mencurigakan terapung di permukaan air yang diikat pada pancang kayu adalah penanda kepada bubu naga ini dipasang oleh individuatau kumpulan yang tidak bertanggungjawab..” katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.

Menurut beliau, kesemua bubu naga yang dianggarkan bernilai lebih empat ribu ringgit itu dirampas sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

“Pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan.

“Jika disabitkan kesalahan, individu yang melakukan kesalahan berkenaan akan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20 ribu atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,”ujarnya.- MG Perak

 

Maritim Malaysia tahan bot, rampas 27 bubu naga

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI