SPRM serbu lima kilang beras di Kedah – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerbu lima kilang beras di Kedah yang disyaki terlibat dalam penyelewengan subsidi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata tiga kilang diserbu hari ini manakala dua lagi semalam.

Beliau berkata SPRM tidak melihat kepada isu penyorokan beras tetapi lebih kepada isu subsidi yang berpotensi mempunyai unsur rasuah.

“Perspektif SPRM adalah lebih kepada kesalahan-kesalahan rasuah yang mungkin berlaku terutama jika melibatkan dana wang kerajaan berkaitan subsidi sekiranya ia diseleweng,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Program Perkongsian Awam Swasta Fasa Dua: Cabaran Bersama Integriti Dalam Menangani Jenayah di sini hari ini.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI