Bas ekspres rempuh belakang lori, lima cedera

IPOH – Lima cedera selepas sebuah bas ekspres melanggar belakang sebuah treler di KM290 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, di sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 5.16 pagi.

Menurut beliau, sepasukan 18 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai dan Gopeng telah digerakkan ke lokasi kejadian tiba pada jam 5.23 pagi.

Ujar beliau, setibanya di lokasi kejadian anggota mendapati berlakunya kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres dengan sebuah lori treler yang menghala ke arah selatan.

“Berdasarkan maklumat, seramai 27 mangsa di mana 26 orang mangsa daripada bas ekspres dan seorang mangsa di dalam lori treler.

“Kemalangan itu menyebabkan pemandu bas tersepit dan empat penumpang cedera,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya telah mengeluarkan mangsa yang tersepit serta memberi rawatan awal kepada mangsa yang tercedera dan kemudiannya dibawa ke hospital berdekatan menggunakan unit EMRS dan bantuan ambulan Kementerian Kesihatan.

“Manakala mangsa yang tidak mengalami apa-apa kecederaan dihantar ke destinasi yang dituju menggunakan bas ekspres yang lain.

“Operasi tamat jam 6.45 pagi,”ujarnya. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI