Bas ekspres rempuh lori simen ada 38 rekod saman

IPOH – Bas ekspres yang merempuh belakang sebuah lori simen di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) pada awal pagi Jumaat dikesan mempunyai 38 rekod saman terkumpul.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pemandu bas yang berusia 38 tahun pula didapati mempunyai 15 rekod saman trafik termasuk dua kesalahan kemalangan.

Katanya, kemalangan itu telah mengakibatkan pemandu dan sembilan penumpang bas berusia antara 13 hingga 60 tahun telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun dekat sini untuk menerima rawatan.

“Kesemua mangsa yang mengalami kecederaan parah dan ringan kini dirawat di hospital.

“16 orang lagi mangsa lain termasuk pemandu lori tangki tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Abang Zainal Abidin memberitahu, hasil siasatan awal mendapati, terdahulu bas ekspres berkenaan sedang membawa 25 penumpang dari arah Sungai Nibong, Pulau Pinang menuju ke Kuala Lumpur.

Ujar beliau, ketika tiba di tempat kejadian, pemandu bas telah hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang lori berkenaan yang dipandu lelaki berusia 30 tahun dan dalam perjalanan destinasi sama.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa.

“Justeru, Polis Ipoh meminta saksi yang menyaksikan kemalangan ini supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Edwin Tang Chiew Cong, di talian 016-5506863 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” ujarnya lagi.

Terdahulu, media melaporkan sebuah bas ekspress telah merempuh sebuah lori di kilometer (KM) 290 di PLUS, awal pagi tadi.

Kemalangan sekitar jam 5.30 pagi itu telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas, namun telah diatasi oleh pihak polis. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Bas ekspres rempuh belakang lori, lima cedera

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI