Tindakan pantas seorang penyelia ladang menyelamatkan juruterbang dan pelatih pesawat Cessna 172N Skyhawk (9M-ADA) yang terhempas berhampiran Felda Gunung Besout, Sungkai dekat sini, 4 Mei lalu mendapat penghargaan polis.
Surat penghargaan diterima Abdullah Abdul Talib, 37, pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Daerah Muallim yang disampaikan Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir hari ini.
#malaysiagazetteperak #mgperak