Perak lancar Tabung Kemanusiaan Palestin

IPOH – Kerajaan Negeri Perak hari ini melancarkan kutipan dana bagi membantu meringankan penderitaan rakyat Palestin yang menjadi mangsa kezaliman Zionis.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata sebagai permulaan, kerajaan negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) menyediakan dana RM100,000 untuk disalurkan ke dalam tabung berkenaan.

“Tabung ini adalah tanda solidariti rakyat Perak tanpa mengira kaum dan agama dalam menyokong bantahan dunia terhadap kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.

“Kerajaan negeri mengalu-alukan jabatan dan agensi, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai untuk sama- sama menyumbang ke dalam tabung tersebut,” jelasnya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata kerajaan negeri akan berhubung dengan pihak Kementerian Luar dan Wisma Putra bagi tujuan penyaluran sumbangan tersebut.

Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Islam Bendahari Negeri Perak bernombor 08013010064660 dengan menyatakan ‘Tabung Palestin’ di ruangan perihal atau rujukan. – MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI